Persediaan Sebelum Membuat GrabFood
Ketahui perkara penting yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalanan anda sebagai GrabFood Rider.
Persediaan Sebelum Menjadi
Rider GrabFood
Menjadi rider GrabFood adalah cara yang fleksibel dan mudah untuk menjana pendapatan. Namun, sebelum anda mula menghantar pesanan, ada beberapa perkara yang perlu anda persiapkan.
Alatan Penting untuk Rider GrabFood
Pastikan anda membawa alatan asas ini supaya urusan penghantaran lebih selesa, selamat dan lancar.
Smartphone
Aplikasi Grab adalah alat utama untuk menerima tempahan, navigasi dan memantau pendapatan.
Charger / Powerbank
Pengecas atau powerbank sangat penting untuk memastikan telefon anda sentiasa mempunyai kuasa semasa bekerja.
Phone Holder
Memastikan anda boleh melihat peta GPS dengan mudah tanpa gangguan semasa perjalanan.
Dashcam
Dashcam membantu merakam perjalanan anda dan boleh menjadi bukti sekiranya berlaku insiden.
Delivery Bag
Pastikan anda menggunakan beg Grab yang mampu mengekalkan suhu makanan semasa penghantaran.
Rain Coat
Baju hujan kalis air sangat penting untuk penghantaran dalam keadaan cuaca buruk.
Water Bottle
Bawa air minuman untuk kegunaan semasa rehat atau ketika bekerja dalam tempoh yang panjang.
High Quality Helmet
Pastikan anda menggunakan helmet yang diluluskan oleh SIRIM untuk keselamatan diri.
