Panduan MyPuspakom
Langkah Mudah Pendaftaran & Pemeriksaan Kenderaan E-Hailing
Pemeriksaan PUSPAKOM
Pemeriksaan keselamatan kenderaan sebelum digunakan untuk perkhidmatan e-hailing.
Apa Itu Pemeriksaan PUSPAKOM untuk E-Hailing?
Pemeriksaan PUSPAKOM adalah syarat wajib yang ditetapkan oleh JPJ untuk memastikan kenderaan e-hailing memenuhi piawaian keselamatan dan peraturan jalan raya.
Proses ini merangkumi pemeriksaan menyeluruh seperti:
Pemeriksaan struktur kenderaan.
Pengesahan nombor enjin dan casis.
Ujian emisi untuk mengawal pencemaran udara.
Pemeriksaan brek, tayar dan sistem keselamatan lain.
Hasil pemeriksaan ini diperlukan untuk mendapatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).
Pendaftaran Akaun
Lengkapkan proses pendaftaran akaun MyPuspakom sebelum membuat tempahan pemeriksaan.
Mula Pendaftaran
Klik pada 'Daftar Masuk Kali Pertama'.
Pilih Jenis Akaun: Perdagangan / Lain-Lain
Pilih Kategori: Enterprise
Maklumat Pemilik
Nama Syarikat → Nama Pemilik
No. Pendaftaran → No. IC Pemilik
Lengkapkan alamat penuh.
Muat Naik Dokumen
Muat naik Perakuan Pendaftaran.
Muat naik Surat Wakil Kuasa.
Tunggu emel pengesahan.
Tempahan Janji Temu
Lengkapkan butiran kenderaan, pilih lokasi pemeriksaan dan sahkan maklumat pembawa sebelum hadir ke PUSPAKOM.
Butiran Kenderaan
Log masuk & klik 'Temujanji Baru'.
Kategori: Commercial
Jenis: Light
Kegunaan: Persendirian e-Hailing
Pilih Lokasi & Masa
Pilih Pemeriksaan: Berkala Pertama e-Hailing
Pilih Negeri, Tarikh & Pusat Pemeriksaan.
Pilih Slot Masa (Hijau).
Butiran Pembawa
Isi maklumat pembawa kenderaan.
Pilih: Wakil atau Pemilik.
Sahkan butiran janji temu.
Wajib bawa Geran Asal (Original).
Langkah Terakhir: Pembayaran
Semak ringkasan caj, pilih kaedah bayaran dan simpan slip temujanji selepas pembayaran berjaya.
Ringkasan & Kaedah Bayaran
Ringkasan Caj
Cara Bayaran
Gunakan kad kredit atau debit yang sah.
Pembayaran melalui Online Banking.
Cetak atau simpan Slip Temujanji.
© 2025 Panduan Pendaftaran e-Hailing. Reka bentuk berdasarkan panduan MyPuspakom.
